Powered by Blogger.
RSS

Terima kasih daun keladi

Assalamualaikum wbt. sahabat-sahabat sekalian,


Telah tamat sudah program TPMG kita tahun ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana bersama-sama kami mengembara menuntut ilmu. Kami gembira bertemu anda semua, dan kami berharap anda juga begitu. terima kasih kerana bersabar dengan dugaan yg kita sama-sama lalui sepanjang program. Sabar itu indah. walaupun hanya dua hari, moga-moga program ini memberikan manfaat yg besar kepada kita. walaupun tidak bnyak asalkan manfaatnya BESAR, insyaAllah. BESAR atau tidaknya manfaat ilmu yg kita tuntut bergantung kepada sebaik mana kita amalkannya dalam hidup kita.

kami juga ingin meminta maaf atas segala kekurangan dan kelemahan yg ada pada pihak kami. InsyaAllah ini merupakan ujian yg bermakna buat semua. Kita merancang, Allah juga merancang. namun perancangan Allah jugalah yg paling baik. Alhamdulillah setelah saya(selaku wakil crew) merenung kembali, kekecewaan saya menjadi rasa yg penuh kesyukuran kerana merasakan ada hikmah disebalik ujian itu. yakinlah dengan janji Allah bahawa ketetapan Nya itulah yg terbaik. indahnya hidup kita sebagai muslim, di dalam kesenangan kita gembira, didalam kesusahan kita redha dan bersyukur dengan ujianNya.

mungkin kita boleh sama-sama muhasabah dan renungkan kembali, apakah yang Allah ingin kita ambil daripada ujianNya ini?

bagi menggantikan slot yg tertinggal semasa program, pihak kami akan mengusahakan KULIAH ONLINE seperti mana permintaan ustaz Nabir sendiri. tarikh kuliah tersebut akan diberitahu kepada anda setelah kami berjaya mencari masa yang sesuai.

Terima kasih pada sahabat-sahabat yg menguruskan program, anda semua memang best. terima kasih kerana sanggup meluangkan masa berusaha untuk menjayakan program ini. Daripada penempatan, makanan, modul, MC, booth, teknikaliti, promosi , dana, buku program, hadiah, pertandingan, BBQ hingga ke patrol malam(minta maaf jika ada yang tertinggal=), Allah sahajalah pemberi balasan yg terbaik. semoga usaha kita semua mendapat keberkatan Allah. Perbaiki niat kita setiap saat, moga-moga usaha kita ini berlandaskan keikhlasan kepada Allah semata-mata. segala kekurangan boleh kita ambil pengajaran dan insyaAllah kita sama-sama perbaiki kelemahan yg ada. semoga TPMG seterusnya akan menjadi lebih baik.

semoga ukkuwah yang kita jalinkan selama program kita sehari setengah, akan berkekalan hingga kesyurga. aminn. jika ada tersinggung rasa, marilah kita berlapang dada. bukankah kita umat yang bersaudara? selamat jalan teman, tetaplah berjuang, semoga kita bertemu kembali.


selalulah melawat blog TPMG ini, insyaAllah,kami akan menggerakkannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment