Powered by Blogger.
RSS

Forum: Perubatan Moden Adalah Perubatan Islam

Salam alaykum semua.
Jak se mate?

InsyaAllah, kali ni nak share sedikit, forum yang berjudul "Perubatan Moden Adalah Perubatan Islam".

Video ini diambil daripada account Youtube Paradiseewood, dan ahli-ahli panel forum ini termasuklah:
1. Prof Madya Dr Mohd Asri - Mantan Mufti Perlis
2. Prof Dr Abd Latif Mohamed - dari CUCMS

Moga bermanfaat insyaAllah ^^



Sekian sahaja, Hezky den!
PS: Sambungan boleh la tinjau account Paradiseewood di Youtube ye! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MOH! kita ke Aqsa Syarif tour d' Europe

Assalamualaikum wbt sahabat sekalian,


Kami menyeru seluruh warga Prague untuk menyertai Aqsa Syarif Tour d Europe pada malam ini. semoga kita sama-sama mendapat manfaat yg besar daripadanya.


semoga Allah sentiasa meningkatkan kemampuan kita untuk mengubah keadaan umat-umat Islam di serata dunia. Wahai Ya Allah, saksikanlah kami dalam usaha kami menyelamatkan umat-umat ini. Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk melindungi umat Islam, jika bukan kita? mari kita renung-renungkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima kasih daun keladi

Assalamualaikum wbt. sahabat-sahabat sekalian,


Telah tamat sudah program TPMG kita tahun ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana bersama-sama kami mengembara menuntut ilmu. Kami gembira bertemu anda semua, dan kami berharap anda juga begitu. terima kasih kerana bersabar dengan dugaan yg kita sama-sama lalui sepanjang program. Sabar itu indah. walaupun hanya dua hari, moga-moga program ini memberikan manfaat yg besar kepada kita. walaupun tidak bnyak asalkan manfaatnya BESAR, insyaAllah. BESAR atau tidaknya manfaat ilmu yg kita tuntut bergantung kepada sebaik mana kita amalkannya dalam hidup kita.

kami juga ingin meminta maaf atas segala kekurangan dan kelemahan yg ada pada pihak kami. InsyaAllah ini merupakan ujian yg bermakna buat semua. Kita merancang, Allah juga merancang. namun perancangan Allah jugalah yg paling baik. Alhamdulillah setelah saya(selaku wakil crew) merenung kembali, kekecewaan saya menjadi rasa yg penuh kesyukuran kerana merasakan ada hikmah disebalik ujian itu. yakinlah dengan janji Allah bahawa ketetapan Nya itulah yg terbaik. indahnya hidup kita sebagai muslim, di dalam kesenangan kita gembira, didalam kesusahan kita redha dan bersyukur dengan ujianNya.

mungkin kita boleh sama-sama muhasabah dan renungkan kembali, apakah yang Allah ingin kita ambil daripada ujianNya ini?

bagi menggantikan slot yg tertinggal semasa program, pihak kami akan mengusahakan KULIAH ONLINE seperti mana permintaan ustaz Nabir sendiri. tarikh kuliah tersebut akan diberitahu kepada anda setelah kami berjaya mencari masa yang sesuai.

Terima kasih pada sahabat-sahabat yg menguruskan program, anda semua memang best. terima kasih kerana sanggup meluangkan masa berusaha untuk menjayakan program ini. Daripada penempatan, makanan, modul, MC, booth, teknikaliti, promosi , dana, buku program, hadiah, pertandingan, BBQ hingga ke patrol malam(minta maaf jika ada yang tertinggal=), Allah sahajalah pemberi balasan yg terbaik. semoga usaha kita semua mendapat keberkatan Allah. Perbaiki niat kita setiap saat, moga-moga usaha kita ini berlandaskan keikhlasan kepada Allah semata-mata. segala kekurangan boleh kita ambil pengajaran dan insyaAllah kita sama-sama perbaiki kelemahan yg ada. semoga TPMG seterusnya akan menjadi lebih baik.

semoga ukkuwah yang kita jalinkan selama program kita sehari setengah, akan berkekalan hingga kesyurga. aminn. jika ada tersinggung rasa, marilah kita berlapang dada. bukankah kita umat yang bersaudara? selamat jalan teman, tetaplah berjuang, semoga kita bertemu kembali.


selalulah melawat blog TPMG ini, insyaAllah,kami akan menggerakkannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I believe everyone are capable performing a miracle




Manusia diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian. Maka marilah menjadi yang terbaik itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Meet Up Point

Salam alaykum wbt semua, apa khabar iman? ^^

Bagi peserta-peserta TPMG 2011, berikut adalah makluman mengenai "meet up" kita sebelum program berlangsung.

Tarikh: 16 April 2011, Sabtu
Masa: 6.45am
Tempat: Depan Albert, Karlovo Namesti

Diharapkan semua peserta dapat berkumpul tepat pada masanya.

In cases of emergencies, jangan segan-segan untuk hubungi wakil AJK pengangkutan TPMG:
Beyo: 775606969
Zizi: 776538403


See ya real soon insyaAllah! ^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pendaftaran Kini Telah Ditutup!!


Jazakallahukhairan..
Terima Kasih..
Thank you..
Dekuji moc..
Danken..
Arigato..
Kamsahamnida..

Alhamdulillah,
kini pendaftaran TPMG 2011 telah ditutup..


Terima kasih kepada semua yang telah mendaftar..
Terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan..

Akhir sekali, mari kita sama-sama berdoa
agar program ini akan berlansung dengan baik
&
mendapat redha Illahi..



Insya Allah,
kita berjumpa di sAAAAnaa..di sAAAAnaaa..di SAAAAANAAAAAA!!!

See you there.. ^.^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kami Peduli!

Assalamualaikum semua ^_^
Ada booth di TPMG nanti?
Booth apa pulak ni?
Pasal ape ni?
Booth?

CzeMSA
dengan kerjasama

membawakan kepada anda

PAMERAN BERSAMAMU PALESTIN
v
TPMG
logo.png
Dalam kesungguhan kita menjadi mukmin terbaik,
juga dalam kesungguhan kita membuktikan syumulnya Islam itu;
Marilah kita sama-sama buka hati, buka minda, buka iman
Menyertai barisan-barisan aktivis misi kemanusiaan yang
kini tidak lagi mengira agama, bangsa dan negara
memperjuangkan nasib rakyat Palestina yang saban hari merana.

Apa yang ada?

macam-macam adaa~ hehe..
ada banyaaaaak

Kutipan sumbangan dan penajaan
Penerangan isu Palestin
Jualan produk Palestin
Interactive games
Tayangan video
& semestinya
Booth pameran..
Oh, lupe.. ade Kuiz jugak. hehe

Di mana?

Haaa, kat mane TPMG itu berada, kat situ laa die
bak kata pepatah
"Kemana letaknya Booth kalau tidak di TPMG"

Bila?

16-17 April 2011
Sepanjang berlangsungnya TPMG

Maklumat lanjut?

Sila layari...
Kami juga akan mengelola kutipan sumbangan dan penyertaan untuk:
  • Penajaan Anak Yatim Palestin (AYP)
  • Penajaan Keluarga Miskin Palestin (KMP)
  • Projek Kilang Roti Beit Lahiya Gaza yang diuruskan oleh Islamic Society Beit Lahiya.
  • Projek Ternakan Lembu, Kambing, Ayam dan Arnab yang diuruskan oleh Persatuan Islam Jabalia.
  • Projek Ternakan Ikan Air Tawar dan Kilang Memproses Makanan Ikan yang diuruskan oleh Persatuan Islam Gaza


Yang paling penting
SUDAH MENDAFTAR DI TPMG?
JIKA BELUM, AYUH MENDAFTAR!!
Juga sertai kami di Aqsa Syarif : Le Tour D'Europe berhampiran anda


Mari bersama katakan

KAMI PEDULI!
-Bersamamu Palestin-
"satu benua, satu ; eropah palestin"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tarikh tutup pendaftaran


Assalamualaikum wbt sahabat sekalian,

kini saya umumkan tarikh tutup pendaftaran TPMG 2011: MuDr. The Road To Be adalah pada hari tersebut:

Ahad
10/4/2011
jam 24 mlm


Marilah segera mendaftar sebelum terlambat. Hebahkan di Prague, Hradec Kralove dan Olomouc supaya semua org tahu dan tak terlambat.




saya juga ingin mengajak sahabat sekalian untuk sama-sama menyertai Aman Palestin: Searching fOr Sallehuddin , Liga Perantau dan Aqsa Syarif: Le Tour D'Europe anjuran Czemsa. Jom Hebahkan bersama!


isu Palestine= isu kita bersama
petikan jawapan khalifah terakhir kerajaan Uthmaniyah apabila dicadangkan oleh Zionis untuk menjualkan tanah Palestine kepada mereka:
"Palestine milik umat Islam"

semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua. kepada peserta Liga Perantau, berhati-hati ketika bersukan =D.

majulah ilmu Islam, perubatan dan sukan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tentatif TPMG 2011: MuDr. The Road To Be (updated)

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi sahabat2 yang dikasihi Allah sekalian,


di sini saya sertakan tentatif TPMG 2011 MuDR, The Road To Be yg akan berlangsung pada 16 dan 17 April nanti.. hmm dah tak lama kan. sudah mendaftar?

"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, tempat-tempat sudah habis" =D

we're looking forward to see you all!!


Tentatif TPMG 2011: MuDr. The Road To Be

16 April 2011

8.00 – 8.30 pagi: Ketibaan Pelajar & Pendaftaran

8.30 - 9.00 pagi: Ucapan & Perasmian oleh Presiden Czemsa

9.00 – 11.00 pagi: Slot 1: MUDr & MuDr

11.00 – 11.15 pagi: Minum pagi

11.15 – 11.35 pagi: Kuiz

11.35 – 1.15 petang: Slot 2: Permasalahan dalam bidang perubatan

1.15 – 2.45 petang: Solat zohor & makan tengah hari

2.45 – 3.05 petang: Tayangan video

3.05 – 4.45 petang: Sambungan - Permasalahan dalam bidang perubatan

4.45 – 5.15 petang: Minum petang & Solat Asar

5.15 – 7.15 petang: Explore Ad-Deen

7.15 – 8. 45 malam: Solat Maghrib & Khidmat Diri

8.45 – 11.30 malam*: BBQ, makan malam

*9.30 malam: Solat Isyak

17 April 2011

5.00 – 5.30 pagi: Solat Subuh

5.30 – 7.30 pagi: Khidmat diri, berkemas, sarapan

7.30 - 9.10 pagi: Slot 4 – "Dan janganlah kamu dekati..." Al-Israa’:32

9.10 – 9.25 pagi: Minum pagi

9.25 – 9.40 pagi: Game

9. 40 – 11.20 pagi: Slot 5 – Pemuda & Perubahan

11.20 -11.45 pagi: Penutup & sesi fotografi

11.45 pagi: Pulang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 hari lagi!

Salam alaykum wbt...

Wah, kurang daripada 2 minggu sahaja, insyaAllah, program TPMG tahun 2011 akan berlangsung.
Bagi yang belum mendaftar, klik link ini, silakan daftar! :) Kami tak sabar nak jumpa anda semua!

Tak lupa juga, pertandingan-pertandingan yang bakal diadakan. Bertemakan "MuDr: The road to be", serlahkan bakat anda dengan hasil kerja berbentuk khat/fotografi/poster (pertandingan adalah terbuka kepada semua!).


Hezky vikend dan selamat beramal~ ^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Jawapan Kita?

apabila mereka bertanya"Mengapa saya?"



Kesakitan merupakan salah satu perkara yang menguji manusia. Pesakit akan sering bertanya "mengapa saya yg ditentukan untuk memiliki penyakit ini dan bukannya orang lain?". Perasaan ini akan lebih dirasai pesakit2 yg sememangnya mengamalkan gaya hidup yang sihat namun masih ditimpa panyakit.



Menjadi seorang doktor bukan hanya mengubati pesakit secara fizikalnya tetapi ia lebih daripada itu. Seorang doktor mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa di mana mereka boleh berusaha memberikan rawatan untuk penyakit dan juga mengubati keyakinan pesakit tentang kehidupan dan kematian. Seorang doktor boleh menjadi seorang yang sangat berpengaruh besar kepada pesakit2nya. Jawapan kita apabila mereka bertanya" Mengapa saya?" merupakan satu 'point' kritikal dalam hidup seorang pesakit.



so, how can we develop it? untuk seorang pelajar perubatan, waktu yang kita ada sepanjang pengajian kita merupakan satu peluang keemasan. renungilah setiap pesakit yang kita lawat sewaktu praktikal di hospital dengan menanam satu harapan untuk mengubah hidup mereka. Berusahalah untuk memahami budaya manusia dan asahlah cara-cara berkomunikasi dengan mereka. Ini pendapat saya, bagaimana pendapat anda?




"Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan. Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (AlQuran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman" (Yunus: 56,57)


Mari sembuhkan penyakit dalam hati kita dan manusia lainnya dengan Al-Quran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS