Powered by Blogger.
RSS

Boost your spirit

Exam is around the corner!!


Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat sekalian,

sedar atau tidak, musim exam semakin mendekat bagi ramai di kalangan kita. Dan masa inilah pelbagai rasa kemalasan cuba menguasai diri kita setiap hari. Jadi bagaimana cara untuk kita boost up spirit kita? Salah satu daripadanya ialah,

MENGHARGAI KEDUA IBU BAPA KITA, MENDOAKAN MEREKA DAN MENGHUBUNGI MEREKA.

Percaya atau tidak, inilah booster yg terbukti berkesan bagi majoriti umat manusia.

Ibu dan ayah sentiasa mahukan yg terbaik buat anak, sentiasa ingin melihat kita berjaya. Maka jika kita benar-benar mahu memenuhi harapan mereka, kita takkan ada masa untuk bermalas-malas daripada berusaha mencari ilmu dan menjadi orang yg berjasa.



Tiada apa yg lebih berharga bagi seorang ibu dan seorang ayah melainkan anaknya yang soleh dan solehah yang mendoakan mereka, semasa hidup mahupun setelah mereka pulang kpd Maha Pencipta.

selamat berjaya buat semua, dalam peperiksaan kita nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS