Powered by Blogger.
RSS

Boost your spirit

Exam is around the corner!!


Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat sekalian,

sedar atau tidak, musim exam semakin mendekat bagi ramai di kalangan kita. Dan masa inilah pelbagai rasa kemalasan cuba menguasai diri kita setiap hari. Jadi bagaimana cara untuk kita boost up spirit kita? Salah satu daripadanya ialah,

MENGHARGAI KEDUA IBU BAPA KITA, MENDOAKAN MEREKA DAN MENGHUBUNGI MEREKA.

Percaya atau tidak, inilah booster yg terbukti berkesan bagi majoriti umat manusia.

Ibu dan ayah sentiasa mahukan yg terbaik buat anak, sentiasa ingin melihat kita berjaya. Maka jika kita benar-benar mahu memenuhi harapan mereka, kita takkan ada masa untuk bermalas-malas daripada berusaha mencari ilmu dan menjadi orang yg berjasa.



Tiada apa yg lebih berharga bagi seorang ibu dan seorang ayah melainkan anaknya yang soleh dan solehah yang mendoakan mereka, semasa hidup mahupun setelah mereka pulang kpd Maha Pencipta.

selamat berjaya buat semua, dalam peperiksaan kita nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Forum: Perubatan Moden Adalah Perubatan Islam

Salam alaykum semua.
Jak se mate?

InsyaAllah, kali ni nak share sedikit, forum yang berjudul "Perubatan Moden Adalah Perubatan Islam".

Video ini diambil daripada account Youtube Paradiseewood, dan ahli-ahli panel forum ini termasuklah:
1. Prof Madya Dr Mohd Asri - Mantan Mufti Perlis
2. Prof Dr Abd Latif Mohamed - dari CUCMS

Moga bermanfaat insyaAllah ^^



Sekian sahaja, Hezky den!
PS: Sambungan boleh la tinjau account Paradiseewood di Youtube ye! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MOH! kita ke Aqsa Syarif tour d' Europe

Assalamualaikum wbt sahabat sekalian,


Kami menyeru seluruh warga Prague untuk menyertai Aqsa Syarif Tour d Europe pada malam ini. semoga kita sama-sama mendapat manfaat yg besar daripadanya.


semoga Allah sentiasa meningkatkan kemampuan kita untuk mengubah keadaan umat-umat Islam di serata dunia. Wahai Ya Allah, saksikanlah kami dalam usaha kami menyelamatkan umat-umat ini. Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk melindungi umat Islam, jika bukan kita? mari kita renung-renungkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima kasih daun keladi

Assalamualaikum wbt. sahabat-sahabat sekalian,


Telah tamat sudah program TPMG kita tahun ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana bersama-sama kami mengembara menuntut ilmu. Kami gembira bertemu anda semua, dan kami berharap anda juga begitu. terima kasih kerana bersabar dengan dugaan yg kita sama-sama lalui sepanjang program. Sabar itu indah. walaupun hanya dua hari, moga-moga program ini memberikan manfaat yg besar kepada kita. walaupun tidak bnyak asalkan manfaatnya BESAR, insyaAllah. BESAR atau tidaknya manfaat ilmu yg kita tuntut bergantung kepada sebaik mana kita amalkannya dalam hidup kita.

kami juga ingin meminta maaf atas segala kekurangan dan kelemahan yg ada pada pihak kami. InsyaAllah ini merupakan ujian yg bermakna buat semua. Kita merancang, Allah juga merancang. namun perancangan Allah jugalah yg paling baik. Alhamdulillah setelah saya(selaku wakil crew) merenung kembali, kekecewaan saya menjadi rasa yg penuh kesyukuran kerana merasakan ada hikmah disebalik ujian itu. yakinlah dengan janji Allah bahawa ketetapan Nya itulah yg terbaik. indahnya hidup kita sebagai muslim, di dalam kesenangan kita gembira, didalam kesusahan kita redha dan bersyukur dengan ujianNya.

mungkin kita boleh sama-sama muhasabah dan renungkan kembali, apakah yang Allah ingin kita ambil daripada ujianNya ini?

bagi menggantikan slot yg tertinggal semasa program, pihak kami akan mengusahakan KULIAH ONLINE seperti mana permintaan ustaz Nabir sendiri. tarikh kuliah tersebut akan diberitahu kepada anda setelah kami berjaya mencari masa yang sesuai.

Terima kasih pada sahabat-sahabat yg menguruskan program, anda semua memang best. terima kasih kerana sanggup meluangkan masa berusaha untuk menjayakan program ini. Daripada penempatan, makanan, modul, MC, booth, teknikaliti, promosi , dana, buku program, hadiah, pertandingan, BBQ hingga ke patrol malam(minta maaf jika ada yang tertinggal=), Allah sahajalah pemberi balasan yg terbaik. semoga usaha kita semua mendapat keberkatan Allah. Perbaiki niat kita setiap saat, moga-moga usaha kita ini berlandaskan keikhlasan kepada Allah semata-mata. segala kekurangan boleh kita ambil pengajaran dan insyaAllah kita sama-sama perbaiki kelemahan yg ada. semoga TPMG seterusnya akan menjadi lebih baik.

semoga ukkuwah yang kita jalinkan selama program kita sehari setengah, akan berkekalan hingga kesyurga. aminn. jika ada tersinggung rasa, marilah kita berlapang dada. bukankah kita umat yang bersaudara? selamat jalan teman, tetaplah berjuang, semoga kita bertemu kembali.


selalulah melawat blog TPMG ini, insyaAllah,kami akan menggerakkannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I believe everyone are capable performing a miracle




Manusia diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian. Maka marilah menjadi yang terbaik itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Meet Up Point

Salam alaykum wbt semua, apa khabar iman? ^^

Bagi peserta-peserta TPMG 2011, berikut adalah makluman mengenai "meet up" kita sebelum program berlangsung.

Tarikh: 16 April 2011, Sabtu
Masa: 6.45am
Tempat: Depan Albert, Karlovo Namesti

Diharapkan semua peserta dapat berkumpul tepat pada masanya.

In cases of emergencies, jangan segan-segan untuk hubungi wakil AJK pengangkutan TPMG:
Beyo: 775606969
Zizi: 776538403


See ya real soon insyaAllah! ^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pendaftaran Kini Telah Ditutup!!


Jazakallahukhairan..
Terima Kasih..
Thank you..
Dekuji moc..
Danken..
Arigato..
Kamsahamnida..

Alhamdulillah,
kini pendaftaran TPMG 2011 telah ditutup..


Terima kasih kepada semua yang telah mendaftar..
Terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan..

Akhir sekali, mari kita sama-sama berdoa
agar program ini akan berlansung dengan baik
&
mendapat redha Illahi..



Insya Allah,
kita berjumpa di sAAAAnaa..di sAAAAnaaa..di SAAAAANAAAAAA!!!

See you there.. ^.^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS