Powered by Blogger.
RSS

Pertandingan bersempena TPMG 2011 (updated)

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera
Seperti yang diwar-warkan, insya Allah, pada tahun ini pihak penganjur akan mengadakan beberapa pertandingan bersempena program TPMG ini.
Pertandingan-pertandingan yang diadakan ini merupakan platform untuk anda semua menyerlahkan bakat yang sekian lama terpendam!!

Tema bagi pertandingan-pertandingan ini adalah, "MuDr: The road to be"

Antara pertandingan yang diadakan adalah:
1. Pertandingan Khat
2. Pertandingan Poster
3. Pertandingan Fotografi

Pertandingan Khat
· Terbuka untuk semua pelajar Malaysia di Czech Republic
· Peserta bebas menulis menggunakan apa apa jenis tulisan khat ( tidak terhad kepada nasakh sahaja) mengikut kreativiti peserta
· Penyertaan hendaklah dalam bentuk MENULIS khat dan original.
· Setiap karya khat haruslah di siapkan diatas kertas bersaiz A4
· Setiap peserta bebas untuk menghantar seberapa banyak karya
· Kos pembiayaan setiap karya untuk pertandingan adalah tanggungan sendiri.
· Hasil karya yang dihantar hendaklah disertakan bersama-sama (ditaip atau ditulis) pada belakang penyertaan dengan maklumat berikut :
i . Nama penuh

ii. Lokaliti
iii. Batch ke berapa

· Semua hasil karya pertandingan yang dihantar untuk menyertai pertandingan ini adalah menjadi hak milik pihak penganjur TPMG 2011. Pihak penganjur berhak menggunakannya untuk apa-apa tujuan seperti penerbitan, pameran dan sebagainya.
· Pengunaan alatan untuk menulis adalah bebas.(pen, pensel, marker pen etc.)
· Peserta hendaklah menghantar karya khat mereka kepada AJK TPMG 2011 pagi 16 April 2011 sebelum program bermula

Pertandingan Poster
· Terbuka kepada semua pelajar Malaysia di Czech Republic
· Poster haruslah bersesuaian dengan tema TPMG 2011
· Setiap poster haruslah original
· Karya adalah bebas untuk disiapkan menggunakan apa jua jenis perisian (Adobe Photoshop, Paint etc, )
· Sebarang bentuk plagiarism adalah tidak dibenarkan (i.e menggunakan wallpaper atau poster yang ada di internet)
· Setiap peserta bebas untuk menghantar seberapa banyak penyertaan
· Semua hasil karya pertandingan yang dihantar untuk menyertai pertandingan ini adalah menjadi hak milik pihak penganjur TPMG 2011. Pihak penganjur berhak menggunakannya untuk apa-apa tujuan seperti penerbitan, pameran dan sebagainya.
· Tarikh akhir penyertaan adalah 16 April 2011 sebelum program TPMG bermula

Pertandingan Fotografi
· Terbuka kepada semua pelajar Malaysia di Czech Republic
· Foto haruslah original; tiada plagiarism dibenarkan
· Foto haruslah mematuhi tema TPMG 2011, sopan dan mematuhi batas batas moral dan agama
· Foto bebas untuk diambil dengan apa jenis kamera sekalipun
· Setiap peserta bebas untuk menghantar maksimum 5 keping gambar
· Foto haruslah di serahkan kepada AJK TPMG 2011 dalam JPEG file
· Semua hasil karya pertandingan yang dihantar untuk menyertai pertandingan ini adalah menjadi hak milik pihak penganjur TPMG 2011. Pihak penganjur berhak menggunakannya untuk apa-apa tujuan seperti penerbitan, pameran dan sebagainya.
· Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 April 2011 sebelum program bermula.


Sebarang hasil karya bolehlah dihantar kepada
Ahmad Faiz Mohd Nasir di:
afmn_3012@yahoo.com

atau menghantarnya pada AJK TPMG ketika berada di tempat program nanti..

~Jadi, tunggu apa lagi. Jom serlahkan bakat terpendam anda ~ ^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment