



Pendaftaran bagi The Professional Mukmin Generation (TPMG) 2011 kini sudah ditutup..Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan..Insya Allah, kita akan berjumpa dalam masa yang terdekat ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik.. ^.^
Salam alaykum, insyaAllah kali ini, kami pihak penganjur ingin share sedikit mengenai tema dan juga sebahagian daripada intipati program TPMG 2011.
-----
Tema TPMG 2011: MuDr.The Road To Be.
Latar belakang tema:
MUDr. – MUDr. bermaksud Medicinae Universae Doctor iaitu Ijazah kedoktoran yang bakal diperoleh pelajar perubatan di Czech Republic. Lebih kurang setaraf dengan ijazah kedoktoran, MD & MBBS yang diperoleh pelajaran perubatan di tempat-tempat lain.
MuDr – Inspirasi tema ini adalah berdasarkan kepada Ijazah MUDr yang insya Allah bakal diperoleh pelajar perubatan di sini.
MuDr bermaksud Muslim Doctor. Objektif penting yang ingin dicapai daripada tema program tahun ini ialah melahirkan doktor-doktor yang bukan sahaja mengaplikasikan ilmu perubatan yang telah atau bakal dipelajari, tetapi doktor-doktor yang juga menerapkan nilai-nilai Islam dalam kerjaya mereka serta bekerja berlandaskan syara’.
-----
Antara Intipati Program:
1. Ciri-ciri doktor Muslim
2. Peranan doktor Muslim dalam menghadapi:
a) Kelahiran
b) Orang yang sakit
c) Pesakit Nazak
d) Kematian
3. Amalan harian/ibadah yang digalakkan untuk diamalkan oleh seorang pelajar terutamanya pelajar perubatan dan seorang doktor
4. Amalan dan zikir yang dapat membantu menguatkan ingatan
5. Perspektif dan perbincangan ulama’ mengenai:
a) Keperluan mendapat izin pesakit
b) Aurat pesakit
c) Ubat-ubatan/ injap prosthetic/etc daripada haiwan (termasuk khinzir)
d) Pengguguran (anak luar nikah, mangsa rogol, anak cacat, ibu vs anak)
e) Euthanasia*/mercy killing
f) Mati otak/brain dead*, adakah satu kematian?
g) Pemindahan Organ
h) Bedah siasat
i) Plastik surgeon
j) Perancangan kekeluargaan (pencegahan kehamilan, kaedah membantu pembiakan-artificial reproductive technique, ibu tumpang, penentuan jantina janin)
k) Derma Darah
* klik untuk definisi
-----
Selain daripada yang ter-type di atas, InsyaAllah, banyak lagi yang akan kita kongsi bersama-sama bagi TPMG 2011! Wee hoo~
Jom beramai-ramai, mantopkan ilmu kita untuk menjadi doktor yang CEKAP!!! ^^
Salam alaykum semua warga Czech ^^
Alhamdulillah.
Tahun ini, CzeMSA Praha diberi peluang untuk mengajurkan acara tahunan CzeMSA, The Professional Mukmin Generation, atau ringkasnya, TPMG.
Kami hidangkan hari ini, teaser daripada team TPMG 2011.
Jom ramai-ramai! Sertai kami!
MuDR (Muslim Doctor). The road to be.
p/s: pendaftaran akan dibuka tak lama lagi. Nantikan dengan penuh debaran~ Lub dub. Lub dub ^^